1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan
kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia
rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat
pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan
diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak
isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering
mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu
kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya
membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak
mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri
akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri,
ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka
yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta
perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas,
inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia
0 comments:
Post a Comment