Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah hanya dengan
memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta,emas,berlian mahupun rumah
yang cantik.Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh
saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka.Tindakan-tindakan
yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.
PUJIAN MESKIPUN
TANPA SOLEKAN
- Ketika baru bangun dari tidur,suami memuji
kecantikan.Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati.Malah pujian
sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.
MENDENGARKAN KELUHAN
- Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui.Ketika suami
medengar luahan ini tanpa menghakimi,isteri akan berasa lega dan merasai
dirinya punya pasangan yang cukup memahami.
BANTUAN TANPA
DIPINTA
- Ketika isteri sedang membawa barang berat,suami pantas
membantu tanpa perlu diminta.Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja
rumah tatkala melihat isteri kepenatan.Ini memberi petanda bahawa suami begitu
prihatin tentang dirinya.
MEMIKIRKAN HAL-HAL
KECIL
- Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis,tanpa diminta
si dia sudah membelikannya untuk anda.Ketika suami mengingati perkara-perkara
yang dilupainya isteri,suami akan makin dicintai.
MEMBUATKAN TEH
- Suami memang suka bila isteri melayani makan dan
minumnya.Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri,tentunya
isteri rasa gembira dan bahagia sekali.Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang
hari.
0 comments:
Post a Comment