Prosedur Untuk Pemeriksaan Saringan HIV
1. Bakal Pengantin perlu mendapatkan Borang Laporan
Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua
Pejabat Agama Daerah, Negeri Terengganu Darul Iman.
2. Bayaran dikenakan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja
(RM5.00) untuk setiap borang permohonan Pemeriksaan Saringan HIV dan dibayar
ketika mendapatkan borang tersebut.
3. Hanya borang ASAL sahaja diterima.
4. Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
(JHEAT/HIV) perlu dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang telah
ditetapkan bagi menjalani Ujian Saringan HIV.
5. Keputusan Ujian Saringan HIV diserahkan kepada bakal
pengantin untuk dikemukakan kepada Pegawai Agama Daerah atas sifatnya sebagai
Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Pejabat Agama
Daerah.
6. Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT . Pihak
lain yang boleh mengetahui keputusan tersebut adalah terdiri daripada Pegawai
Perubatan, Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang menjalankan ujian,
Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah dan Pegawai Khidmat
Nasihat.
Prosedur Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan
1. Bakal pengantin oleh hadir ke klinik kesihatan pada waktu
yang ditetapkan dengan membawa Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
(JHEAT/HIV) yang diperolehi dari Pejabat Agama Daerah.
2. Pendaftaran perlu dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan
HIV Bakal Pengantin (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang menjalankan ujian.
3. Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai
Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan yang ditugas mengendalikan
perkhidmatan ini.
4. Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal
pengantin dan dititiskan ke dalam alat ujian Saringan HIV ( Rapid Test ).
5. Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15
hingga 30 minit.
6. Jika keputusan ujian saringan adalah “tidak reaktif”, ini
bermakna bakal pengantin tidak dijangkiti virus HIV atau berada di dalam tempoh
” window period “.
7. Jika keputusan saringan adalah “reaktif”, ini bermakna
bakal pengantin disyaki dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin dinasihatkan
menjalani ujian pengesahan HIV (ELISA dan PA).
8. Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan
akan mencatat dan mengesahkan keputusan Ujian Saringan HIV di dalam Borang
Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).
9. Borang yang mengandungi keputusan ujian dimasukkan ke dalam
sampul yang dilakkan dengan lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan
diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama
Daerah.
10. Keputusan ujian Saringan HIV hanya sah digunakan bagi
tiga (3) bulan dari tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan borang permohonan
untuk kebenaran berkahwin dan laporan HIV di semua Pejabat Agama Daerah. Klik
di sini!.
0 comments:
Post a Comment