Assalamualaikum semua..Wahh rindu gila la dengan blog.Dah
lama tak post entri terbaru.Hal maklumlah sekarang ni d'ya busy dengan exam dan
perkembangan D'ya Marshmello sekarang ni ialah d'ya busy dalam menjalani latihan
untuk show tarian untuk perkhawinan Dato' and pertandingan tarian peringkat KL
seterusnya wakil sekolah untuk peringkat negeri.Wah,excitednya bile rezeki
semakin mencurah-curah.Alhamdulillah ni semua rezeki dari Allah.Anyway d'ya
tetap utamakan pelajaran..Post kali ini berkisarkan tentang 10 cara romantik
memohon maaf.Ini khas untuk pasangan couple or yang sudah berkawin.Ingat pesan
d'ya,jangan lokek dan ringankan mulut untuk meminta maaf kalau kita ada buat
salah.Lagipun kita tak perfect kan?Jom lihat tips ini :-
Hulurkan sejambak
bunga ke rumah atau ke pejabatnya.Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang
ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga
pilihan kamu adalah bunga kegemaran dia
Coklat boleh memberikan
ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara.Jadi hadiahkan kepadanya
sebagai tanda kamu memohon maaf.Paling romantik jika coklat tersebut kamu
suapkan ke mulutnya sebagai tanda kamu begitu mencintainya dan tidak boleh
hidup tanpanya di sisi
Tulis sebuah kad
ucapan yang memuatkan 10 ALASAN mengapa si dia perlu memaafkan kamu.Sebab
pertama sudah tentulah kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya
Bagi mereka yang
agak jiwang atau meminati muzik,apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya
melalui radio kegemaran kamu berdua dengan ucapan memohon maaf.Tambah romantik
jika kamu sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.Wahhh,romantiknya, :)
Jika
berkesempatan,tunjukkan kemahiran memasak kamu.Sediakan menu kesukaannya dan
layanlah si dia sebaik mungkin.Dengan layanan yang baik serta hidangan yang
lazat,si dia pasti melupakan rajuknya
Apa kata kamu bawa
si dia ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan
ketenangan.Pasti sweet kan?
Imbas kembali
kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara kamu berdua.Dengan kenangan
manis tersebut,mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan kamu di atas
segala masalah yang terjadi
Hantarkan sekeping
kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya.Si dia pasti akan terharu
melihat kesungguhan kamu yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk
menyatakan maaf
Ada juga individu
yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak
bunga untuk meminta maaf.Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling
romantik untuk memohon maaf
Cara terakhir,apa
kata kamu hantarkan SMS atau e-mel yang mampu mebuatkan si dia ketawa.Pasti si
dia gembira.
sumber: http://miss-dya.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment