Tip Cinta Dua Budaya

Posted by Smat Goal Ent 6:29 AM, under | No comments



Hi semua semoga hari ini korang ceria dan bahagia dengan kehidupan korang. pada yang bercintan cintun tu shaz doakan korang terus menikmati kebahagiaan itu.bagaimana pula korang yang mempunyai niat bercinta dengan kekasih yang berlainan agama dan budaya?mesti ada yang cakap susahlah bercinta berlainan agama dan budaya ni kenapa tak pilih agama dan budaya yang sama jer kan senang..hahahhahahaa kalau korang perfikiran kolot macam tu susahlah shaz nak cakap kan kan?sebab kalau dah jodoh korang bercinta dengan kekasih yang berlainan agama dan budaya tak kan korang nak mengalah sebelum korang berjuang kan?bagi shaz walaupun mempunyai pasangan yang berlainan agama dan budaya perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah malah cabaran tersebut boleh menjadi salah satu usaha untuk memantapkan lagi hubungan korang.contoh terbaik kedua orang tua shaz sendiri.hingga kini bonda dan ayah shaz menjadi tempat rujukkan shaz.untuk mengetahui tip hubungan cinta dua budaya dari mereka.tapi sebelum korang nak teruskan hubungan tersebut baik korang lihat tip yang shaz sharing dengan korang kat bawa ni.harap tip yang shaz sharing ni dapat membantu korang melalui cinta dua budaya sehingga keakhir hayat korang.

KAJI TERLEBIH DAHULU
Pada korang yang ingin bercinta dua budaya seharusnya korang kena kaji dulu ini adalah tip paling utama sebelum korang meneruskan niat korang.semua ini untuk korang mempersiapkan diri, semestinya banyak cabaran yang akan korang lalui bila korang memulakan langkah percintaan dua budaya korang.dengan korang membuat kajian korang taklah gelabah bila melalui situasi yang mencabar.
TIDAK BERBOHONG
Jangan sesekali korang berbohong dengan pasangan korang mengenai sejarah hidup korang,keluarga dan sebagainya.paling penting sekali jangan menipu kedua orang tua korang kerna perbuatan korang nanti mendatangkan keburukkan kelak.jadi berterus terang jer dengan family kan senang.
RESTU IBU BAPA
Sebelum korang meneruskan hubungan korang lebih lanjut sebaiknya dapatkan restu dari orang tua korang.bukan saja dari pihak korang tetapi juga dari pihak kekasih korang.tanpa restu kedua orang tua pastinya hubungan korang sukar untuk mencapai kebahagiaan.biasanya orang tua kan nak pastikan pilihan anak mereka adalah yang terbaik so korang kenalah main peranan untuk gambarkan pasangan korang dan family kekasih korang yang baik saja.begitu juga sebaliknya sama sama berusaha menyakinkan hati kedua orang tua.shaz jamin akhir sekali pastinya orang tua akan merestui bila melihat kesungguhan korang.
MEMBERI TUNJUK AJAR
Sudah menjadi kelaziman bila korang dah dapat restu dari kedua orang tua korang.korang kenalah memberi tunjuk ajar mengenai agama budaya korang.kira dalam masa yang sama korang jadi guru pada kekasih korang.pastinya kekasih korang juga ingin mengetahui segalanya tentang agama dan budaya korang.selain itu korang seharusnya memberi semangat dan dorongan  supaya kekasih korang merasa selesa berada bersama korang
MAMPU MEMIKUL TANGGUNJAWAB
Pasangan yang berlainan latar belakang  juga perlulah mempunyai nilai tanggungjawab sebelum memutuskan  untuk meneruskan hubungan yang lebih serius kerana sifat bertanggungjawab korang ini dapat menjamin masa depan korang apabila korang berkahwin dengan kekasih korang.jangan masa bercintan cintun jer ada rasa tanggungjawab tau tapi selamanya hinggalah keakhir hayat korang.barlah  pasanganan korang yakini pada korang.kalau setakat korang nak cinta monyet tak payahlah nak bawa jumpa keluarga buang masa keluarga korang jer nak layan kerenah korang.
PANDANGAN AHLI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN
Seharusnya korang sentiasa meminta pandangan orang lain terutama keluarga korang sendiri,sekiranya korang mempunyai jalan buntu dan tidak tahu membuat keputusan.yang pastinya keluarga korang boleh memberi nasihat dan cadangan yang korang perlukan..so jangan malu untuk bertanya sekiranya korang mahukan hubungan itu diteruskan.
MENGENALI BUDI
Sebelum korang meneruskan niat korang,seharusnya korang mengenali hati budi pasangan korang supaya korang merasa serasi dengan pasangan korang.yang paling penting antara korang seharusnya saling memahami.biasalah hubungan cinta dua budaya ni kena take time untuk dapatkan keserasiannya.kena banyak bersabar dan memberi tunjuk ajar akhirnya akan timbul persefahaman antara korang
BERSEDIA MEMELUK AGAMA KORANG
JANGAN sama sekali korang memaksa pasangan korang melakukan perkara ini.biarlah ia datang dari naluri hatinya sendiri.jangan sesekali benarkan kekasih korang memeluk agama korang hanya sebabkan korang.bukan apa kalau sebab korang ditakuti ia tak kan kekal lama .jadi biar kekasih korang memeluk agama korang sebab percayakan agama korang. yea
SOLAT ISTIKHARAH
Inilah penyelesaian  yang paling mujarab buat korang.mohonlah pertolongan dari ALLAH dan meminta petujuk serta hidayah-Nya.untuk membantu korang membuat keputusan yang tepat demi kebaikan  korang dan juga keluarga.
TUNJUKKAN CONTOH DAN TELADAN
Sebagai seorang lelaki atau perempuan yang memartabatkan adat dalam budaya.maka korang tunjuklah contoh yang baik pada pasangan korang agar pasangan korang sentiasa merasa seronok mempunyai pasangan seperti korang dan yakin bahawa korang adalah pasangan yang terbaik untuknya.

Sumber: http://bee-shawal.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive