Ramai di antara kamu
yang taksub untuk cantik bukan sahaja kerana mahu diri sentiasa menjadi
perhatian malah ingin dicintai oleh insan tersayang.Jadi tidak hairanlah kalau
ada yang sanggup lakukan apa sahaja sehingga berhabis-habisan melakukan rawatan
kecantikan, suntikan dan sebagainya untuk cantik. Namun berbaloikah? Andai
benar cantik itu sangat penting dalam sesebuah percintaan mengapa ramai insan
yang cantik terus kesepian tanpa cinta?
Fikir-fikirkanlah dan
tips D'ya Marshmello berikut mungkin akan membantu!
Jika seseorang lelaki mengatakan dia
mencintai kamu semata-mata kerana kecantikan awas, kamu mungkin akan
ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi.Jika seorang lelaki mengatakan dia
sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada kamu dan apabila kamu bertanya
mengapa, dia memberitahu 'kerana terpesona dengan wajahmu' awas kamu akan
ditinggalkan apabila wajah kamu tidak lagi mempesona.
Jika kamu memiliki wajah yang cantik, usah
terlalu gembira sebab mungkin kamu akan bertemu dengan lelaki yang salah.Jika
kamu hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang
menilai wanita secara tersendiri.Cinta dibibitkan oleh kecantikan dan
ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.
Kecantikan adalah tiket kebahagiaan tetapi
tiket itu tidak valid sepanjang zaman.Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke
tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai
tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.
Bagaimana cantik pun akan pudar,bagaimana
tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman.Ia
alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang
terbaik.Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan
jika lain-lain tidak cantik.
Kopi pasti akan pahit, jika dibiarkan berdiri
dengan sendiri.Namun kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan
susu.Kamu cantik, maka kamu boleh berdiri sendiri tanpa keperibadian dan iman
yang padu kamu.Ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.Selama mana boleh
bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila
ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus
disukai.Betul tak?
Jadi apa pula pandangan anda? Benarkah
'cantik' syarat cinta?
Jadi jangan lupa luahkan
pendapat anda di
ruangan komen untuk kebaikan
kita bersama
sumber : http://miss-dya.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment