Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada
hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga
dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan
kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang
diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka
apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.
Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba
gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi,
jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk
menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya
dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata
berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga
keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan
banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan
disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya
tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka
cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah
posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi
resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
0 comments:
Post a Comment