1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan
biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang
berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa,
usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah
akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah
semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda
jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.
Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif
terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah,
solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik
sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa
bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita
perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama
adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk
perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk
menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta
boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru,
perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah
kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran
ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat
menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk
berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan
perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan
lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang
sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri
tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama
walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang
munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya
kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang
lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada
perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan.
Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang
simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap
pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang
memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang
lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang
perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan
kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan
bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan
yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada
persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada
sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan
yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan
bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara
bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang
mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti
keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara
satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti
suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan
terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang
sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang
sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan
anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri
ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal
pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana
wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat
bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi
bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri
daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai
magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru
lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari
bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan
tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang
lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan
mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji ,
cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak
popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian
atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap
anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan
anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan
anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia
rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau
suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan
dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat
pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati
yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman –
bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki
perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping
memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi
, timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping
menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan
aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang
perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau
sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan
diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu
perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak
atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh
mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus
kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih
sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau
cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai
mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia
marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan
beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang,
ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci dan banyak yang tersirat.