Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sedikit info
penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun kisah ini berlaku dah lama
tapi mesej yang diberikan sangat penting kepada kita semua.
Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25
tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari
University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk
sementara waktu.
Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan
membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu,
bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau
memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.
Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911
apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.
Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di
rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari
penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti
bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas
katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan
komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana
terhidu karbon monoksida.
Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat
juga selimut dan bantal.
0 comments:
Post a Comment