Hati lelaki seperti peti besi, tempat menyimpan segala
masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia
untuk meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjang adalah makanan
sehar...i hari yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis
walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik
mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat menghambat dalam kerinduan.
Menyepi dalam kepasrahan. Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan.
Cerita? bila-bila saja. kerana dia hanya akan bercerita bila
memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi.
Tidak sembarang orang dapat mendengar luahan hati. Tidak semua orang pula dapat
mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus
terbuka lorong hati sehingga lari kemana mana masalah peribadi.
Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan
persoalan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekspresikan diri dalam
sikap dan tingkah laku, adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan
perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti
lelaki yang selalu pakai logik. Tetapi nampaknya perempuan memang berbeza. Dia
lebih suka bicara pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan
dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.
0 comments:
Post a Comment