Jom kita mengenal Zirafah. Apabila seekor induk Zirafah
melahirkan anaknya sambil berdiri, anaknya akan jatuh ke tanah yang keras dari
rahim ibunya. Perkara pertama yang dilakukan oleh ibunya adalah berdiri di
belakang anaknya dan memberikan satu tendangan yang cukup kuat ke tubuh
bayinya.
Bayi zirafah terbangun cuba berdiri namun masih terjatuh
kerana kakinya yang masih lemah dan goyah. Sang ibu kembali bergerak ke
belakang bayinya dan memberi tendangan lagi kepadanya. Peristiwa ini berlaku
berterusan beberapa kali hingga bayi zirafah itu berdiri dengan teguh dan mula
berjalan menuju puting susu ibunya.
Mengapa?
Kerana ibunya tahu bahawa satu-satunya peluang bagi bayinya
untuk dapat bertahan hidup di hutan adalah dengan berdiri kukuh diatas kakinya
sendiri. Jika tidak, akan mudahlah bayi kesayangannya itu diterkam binatang
buas dan menjadi mangsa mereka.
Apakah tindakan ibu zirafah itu adalah suatu bentuk kasih
sayang? Sudah pasti.
Kadangkala kita harus bersikap keras untuk kebaikan. Tidak
semua pembedahan medikal menyakitkan, tidak semua ubat berasa manis, tapi kita
harus menelannya. Kadang – kadang ujian Allah itu berat, tetapi sebenarnya ia
hanya untuk memperkuatkan hambanya!
0 comments:
Post a Comment