Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan.
Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga
sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah
amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi
tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi
begitu manis dipandang.
Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian.
Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan
bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi
masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu
juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka
yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa
paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai
produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk
kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai
pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik
sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh,
tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si
jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka
hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah
mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa
semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan
sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki
orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang
rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik
dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan
tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi
pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana
semuanya tidak kekal selamanya.
Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”
Sumber:akuislam.com
0 comments:
Post a Comment