Sebenarnya chef-chef yang terkenal di seluruh dunia sudah
semestinya kaum lelaki bukan? Lihat sahaja di Malaysia,semua kenal dengan Chef
Wan, Master Chef chef yang cukup dikenali ramai.. Tapi tahukah anda yang
kebanyakkan lelaki ni memang jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok
antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak..
1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai
masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah
utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang
umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang
lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil
menghisap rokok.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin.
Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati
gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat.
Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan
main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah
adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri.
Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu
dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau
perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?
9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan
bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi
kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha
10) Korang tambah2 la lagi di bawah comment, kita buat
koleksi.
0 comments:
Post a Comment