Kejayaan tidak datang pada percubaan pertama

Posted by Smat Goal Ent 5:42 AM, under | No comments


 Charles Forman
Siapa dia yang tersenyum sampai ke telinga dalam gambar diatas? Apa yang membuatkan dia boleh tersenyum sebegitu rupa? Dan apa maksud perkataan yang ada dalam gambar tersebut?


Lelaki di dalam gambar ini dikatakan bernama Charles Forman (tapi aku search muka dia macam lain sikit; tak tau sengih dia tu ke yang buat nampak lain). Pada bulan Feb 2012, Charles dikatakan telah merancang untuk menutup perniagaan beliau kerana kehabisan duit. Tetapi pada bulan Mac 2012, syarikat beliau telah dibeli dengan harga US$ 180 juta. Sebab itu dia boleh tersenyum sampai ke telinga. Bagaimana ceritanya?

Charles telah mencuba untuk membuat applikasi permainan iPhone selama 6 tahun. Sepanjang 6 tahun tersebut, dia telah membuat percubaan sebanyak 35 kali sehingga akhirnya permainan iPhone keluaran terbaru syarikatnya menjadi hit selepas di lepaskan pada Feb 2012. Sejak di lancarkan pada 6 Feb 2012, permainan tersebut telah di muat turun sebanyak 35 juta kali bagi tempoh hanya kira-kira sebulan! Permainan tersebut adalah “Draw Something” dan syarikat Charles bernama “OMGPOP“. Biasa dengar kan? hehe.

Setelah 35 kali percubaan yang gagal, akhirnya Charles berjaya. Bagaimana kalau Charles mengaku kalah lebih awal? Mungkin pada percubaan ke 34? Betul kata pepatah – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Dan ini bukan cerita kejayaan pertama setelah banyak kegagalan. Thomas Edison juga dikatakan telah gagal lebih 1000 kali sebelum beliau berjaya mencipta bulb mentol!

Aku juga sedang berperang dengan emosi. Gagal mendapatkan apa yang di sasarkan dalam masa yang aku sendiri tetapkan. Mungkin kerana sasaran aku ada dua dan aku tidak fokus. Keadaan aku masih tidak mengizinkan untuk aku fokus pada satu. Mungkin aku akan ambil sahaja risiko yang besar untuk fokus pada satu sasaran. Risiko besar, impak besar. Tetapi bukan kah kegagalan sebenar adalah apabila kita gagal untuk mencuba? Dan aku masih menjadi motivasi untuk mengambil risiko besar itu.

Jadi diri sendiri atau orang yang kita kagumi?



Selepas tonton filem The Social Network, aku dapat motivasi dari jalan ceritanya. Aku jadi ketagih untuk menonton lagi dan lagi terutama ketika semangat menjunam. Memang boleh boost sedikit semangat aku. Dan aku dah terlepas kira berapa banyak kali aku menonton filem ni sehingga aku mampu untuk hanya mendengar sahaja (sambil mata fokus pada kerja) dan aku boleh banyangkan scene tersebut. Ya, sampai macam tu sekali.


0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive