1. Bersikap Tegas dan Lemah-lembut Terhadap Isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan
kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri
namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang
lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita,
namunselalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia
mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari
lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki
kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam
rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi “boss”. Sifat
tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya............
2. Memberi Pujian Terhadap Isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan
perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan
keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian,
hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya
kepadapasangannya, “Adakah engkau cinta padaku? ” Pertanyaan ini bukan bermakna
ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk
dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk
mengerti hakikat seorang wanita........
3. Menentukan Batas Tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan
isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri
pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna
tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya
dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat..............
4. Menghindari Kritikan Terhadap Isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan
masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan
sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri
sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan
meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat
daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang
keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan
anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan
perceraian..........
5. Memperhatikan Sesuatu Yang Romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak
begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun
bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan
tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti
dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya
amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan
isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri...........
6. Memahami Isteri Yang Ingin Selalu Di Samping Suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk
selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari
suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk
bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang...........
7. Menjaga Perasaan Aman Dalam Kehidupan Isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman
dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap
masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan
masalah isteri.........
8. Memahami Gelora Jiwa Isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika
dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi
isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat
membimbing hidupnya..........
9. Membina Kerjasama Yang Baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama
dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia........
10. Memenuhi Keperluan Peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana
masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik
baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami
akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya
sesuai dengan kemampuan dirinya.......
~dopteb~
0 comments:
Post a Comment