Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak
tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini
adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan
sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih
banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu
teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat
yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya
dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya
sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti
ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya
menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh,
bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa
yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan
hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil
kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu
urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan
bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya.
Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
0 comments:
Post a Comment