Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian,
jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang
berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih
bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan
lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin
dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan
wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena
diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman
wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana
dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian
itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau
dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk
keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah.
Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu
menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak
memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri
apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan
ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan
sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk
orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara
sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan
keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak
mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan
ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas
hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak
isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri
naik pangkat dan sebagainya.
__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang
berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam
kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu
sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet
mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana
saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan
perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak
bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka
dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana
sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami
lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui
kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita.
Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan
lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita
yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah
ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan
lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka
melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini
tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan
jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan
bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang
melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya
mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki
pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap
sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka.
Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan
mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih
muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan
berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk
memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki
tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini
membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka,
jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang
diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan,
kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’
kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk
melayan kerenah wanita seperti itu.
Apa kata korang baca ini pulak?
0 comments:
Post a Comment