Seorang lelaki merupakan satu susuk badan yang kuat di mata
kaum wanita. Sejak dari kecil, seorang lelaki itu telah di biasakan untuk
menjadi kekal tabah dan tidak menangis dalam apa jua situasi sekali pun..Tapi,
aku still ada satu persoalan yang belum terjawab..Apa kah salah kalau seorang
lelaki itu menangis seperti mana yang sering berlaku kepada kaum wanita?
Seorang lelaki yang mudah menangis itu bukan lah lelaki
sejati! Perumpamaan seperti itu sahaja mungkin dapat merendahkan martabat dan
darjat seorang lelaki, malah mungkin menyinggung harga diri seorang lelaki itu
sebagai satu makhluk yang hebat dan penuh dengan sifat ke-egoan..Iya laa,
sampai nak menangis pun tak boleh, pantang untuk orang lelaki..Oleh itu,
seorang lelaki itu harus bertahan dalam dalam apa jua keadaan tanpa
mengeluarkan setitis air mata pun..
Betul ke kalau orang lelaki yang kuat itu menangis, dia akan
dianggap sebagai "kurang profesional" dan menjatuhkan
"saham" nya sendiri? Bagi aku, seorang lelaki itu tak salah menangis,
sebab perkara-perkara yang emosional macam ni bagus dalam mencipta karakter
seorang lelaki yang penyayang..Tak kan korang (lelaki) nak serius je sepanjang
masa?
Lagi satu, seorang lelaki itu boleh menangis dan tak menjadi
satu kesalahan pun kalau dia menangis depan orang ramai sebab tangisan orang
lelaki ni bukan nya boleh di buat-buat, tapi lebih kepada menunjukkan betapa
halus dan lembut nya perasaan yang mereka miliki..Kalau korang nak tahu, orang
lelaki yang ada sifat halus dan lembut ni boleh menjadi role model, idol dan
teladan untuk orang lain..Tak jadi kudis pun untuk sifat lelaki yang tegas dan
keras tu..Sebab apa sifat halus dan lembut ni penting bagi orang lelaki? Sebab
kedua-dua elemen ni boleh menghasilkan sikap sabar, bertolak ansur dan prihatin
kat orang lain..
Sifat-sifat halus, lembut dan pentingkan cita rasa ni jugak
bukan hanya untuk kaum wanita ja taw, tapi merupakan satu elemen universal yang
perlu ada untuk orang lelaki..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, bila seorang
lelaki tu dah kahwin nanti, secara automatik dia akan menjadi ketua keluarga
dan wajib untuk lelaki mendidik wanita yang menjadi isteri nya itu, betul tak?
Disebabkan sang isteri itu seorang wanita, si suami tadi yang mempunyai elemen
macam yang aku sebut tadi berkebolehan dalam menyelami sifat emosional dan
karakteristik si isteri tadi..So, suami dan isteri dapat berkongsi perasaan
masing-masing dalam suasana yang harmoni..Nampak tak betapa pentingnya elemen
tu dalam situasi rumah tangga?
Begitu jugak la dengan tangisan dan air mata, bukan hanya
untuk kaum wanita sahaja, tetapi jugak milik orang lelaki..Oleh itu wahai
lelaki-lelaki sekalian, jangan lah korang tahan atau simpan tangisan mu itu
bila ada sesuatu yang membuat kan mu bersedih..Jangan terlampau penting kan
ke-egoan mu itu, runtuh kan ia sedikit demi mendapat secubit perasaan tenang
dan selesa yang tak dapat kamu bayang kan..Jangan lah kamu berasa malu untuk
menangis, sebab itu lumrah sebagai manusia biasa..
Berdasarkan pemikiran aku yang boleh la dikategorikan
sebagai rasional ni, menangis itu penting untuk seorang lelaki, sama jugak
pentingnya untuk seorang wanita sebagai satu medium untuk kita meluahkan
perasaan sedih atau perkara-perkara yang melibatkan emosi..Tetapi, ini bukan
bererti yang orang lelaki boleh menangis sepanjang masa, kalau dok menangis ja
setiap masa, memang makan pelempang la jawab nya..Ingat! Setiap perkara yang
sedih dan beremosi itu pasti ada punPublish Postca nya dan tugas kita sebagai orang lelaki
adalah untuk mencari dari mana datangnya punca kesedihan tu..
Berdasarkan maklumat yang aku dapat la kan, lelaki yang
sering menangis ni mempunyai hati yang lembut, rileks dan lebih peka berbanding
lelaki yang ada air mata "emas" ni..Beruntung la sapa yang dapat
lelaki yang kuat menangis ni kan..hehehehe =D
0 comments:
Post a Comment