Setahu aku la mas kahwin masa dulu dengan sekarang jauh
bezanya. Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi pasal mas kahwin ne benda wajib
bagi lelaki kena ambil tahu. Maklumlah nak pinang anak orang tapi tengok dalam
bank duit ada RM 10. Melepaslah nampak gaya. Bila aku tengok kakak dengan abang
aku kahwin, hantaran yang biasa sahaja seperti kain pasang, jam tangan, kasut,
handbag, telekung, set wangian dan barang kemas. Duit jumlah hantaran pun lebih
kurang dalam RM 5000 ke RM 7000 je.
Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu mas kahwin dibayar dengan
berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu
agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau
sebagainya.
Tapi zaman sekarang ne mas kahwin nilainya membuatkan para
lelaki tak tidur malam duk fikir nak kumpul duit. Ada juga yang di pihak perempuan
siap bagi syarat nak hantaran 12 dulang, dengan jumlah hantaran RM 12000,
kononnya sempena tarikh lahirnya. Yang tu belum kira lagi dengan iPad,laptop
dan bermacam-macam jenis gadget lagi la. Semua nak mahal dan berjenama dengan
alasan kahwin sekali sahaja. Botak kepala si lelaki duk fikir.
Nilai mas kahwin juga berbeza mengikut negeri asal wanita
yang ingin berkahwin dan juga tahap akademik. Namun pada trend kini, kebanyakan
meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing.
Aku pernah dengar kat You Tube ceramah Ustaz Azhar Idrus, yang mana kalau tak
silap aku la, dia cakap mas kahwin tu kalau mahal sekalipun tapi setaraf dengan
wanita tu tak ada masalah. Setaraf kat sini maksudnya pandai dalam bab
agama,bab rumah tangga, pandai jaga hati suami, pendek kata pandai dalam semua
perkaralah. Berpadanan lah dengan mas kahwin RM 10000. Ne tidak, harga mas
kahwin RM 18000 tapi baca Al-Fatihah pun lintang pukang lagi. Lebih teruk lagi
hari ne kahwin 2 bulan kemudian dah cerai.
Kalau tengok zaman dahulu, pemilihan gadis selalunya akan
berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya selain dari kecantikan fizikal dan
tiadanya cacat anggota, ialah 'kesuburan' punggung dan payu-dara. Ini adalah
diatas kepercayaan orang dulu-dulu bahawa gadis yang besar punggungnya akan
mudah bersalin, dan payu-dara bagi tujuan penyusuan kelak. Maklumlah pada zaman
dulu mana ada susu formula bayi macam sekarang!. Zaman sekarang zaman
teknologi. Jumpa kat facebook, chatting sikit dah berkenan. Amboii, canggih
betul zaman sekarang ne.
Mak bapak sebelah perempuan pun janganlah buat syarat mas
kahwin tu macam nak jual anak je.Nabi pun pernah kata perkahwinan yang paling
berkat adalah yang paling murah mas kawinnya. Tapi orang zaman sekarang ne tak
mahu tiru apa yang nabi cakap. Nak jugak buat grand sampai membazir. Bukan nak
jaga tepi kain tapi sekadar peringatan kepada semua.
Rasulullah pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak
memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan mas kahwin, lalu Rasulullah bertanya
kepada lelaki itu.
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?"
lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat
al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas
kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri
lelaki itu. So, fikir-fikirkanlah.
Antara kata-kata pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus ialah:
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan
dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati
untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan
untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat
untuk nikahinya.
0 comments:
Post a Comment