Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik.
Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki
akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan
wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan
menyebabkan perpisahan.
Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada
wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan
anda semua...
1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula
berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan
anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun
terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke
arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.
2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang
matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu
akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan
perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.
3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan
perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai
contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik
tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh
ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat
mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan
bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat
kecuali diminta.
4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia
bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini
menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya
guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga.
Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya,
"La...macam mana dia boleh jatuh?".
5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda
sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si
dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan
sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang
anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.
6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh
mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar
ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je
tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian
pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula
bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.
7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik
luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik
anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan
mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala
perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda
kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa
yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.
Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan
perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita
atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah
pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan
yang bahagia selamanya...
0 comments:
Post a Comment