Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para
lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang
menggiurkan, sapa yang tak nak kan? Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan
tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk..Apa perasaan
korang time tu? Marah? Kecewa?..Haa, nanti dulu..Korang jangan terus nak marah
je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle..Kalau nak tahu, meh baca
kat bawah ni..
- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove,
seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba
untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut.
Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan
impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:
1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki
belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya.
Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat
sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.
2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan
akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan
terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan
berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.
3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu
begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan
berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi
secara kebetulan.
4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para
perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera.
Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu
mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.
5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk
meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya.
Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka
akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.
6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka
harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan
memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.
7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu
pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini
biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa
sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.
8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama
yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup
tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun
itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.
9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan
kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann
itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.
10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia
pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang
mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang
dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.
11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan
perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia
akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau
tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.
12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai
untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.
p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri
kerana secara tuntasnya, jalan hidup setiap orang memang berbeza =D
0 comments:
Post a Comment