Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang
dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari
jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini
tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba
lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam
diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan
sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua
perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat
diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang
itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit
pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda
mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja
dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun
awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti
hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila
hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa
cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi.
Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya
berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika
didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus
berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda
berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang.
Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan
lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar
cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk
boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar
ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju
mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita
ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor
telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup
dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda
tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu
hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi
anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau
jika tidak, bersedia jugalah menerimanya
0 comments:
Post a Comment