Senja ini kusepi tanpamu
Merindui kehadiranmu
Yang lama menyepi bersembunyi
... Terbiar aku merindu menanti
Senja ini tak seindah dulu
Kerana tika ini hati sayu
Bagai tersayat sembilu
Ingin kucuba untuk tersenyum
Tapi kutak mampu..
Kutitipkan tiap bicara hati
Di dada senja yang terukir sepi
Meluah kata nan terlakar di sanubari
Semuga kau mengerti bisikan rindu ini
Kala senja melakar sepi
0 comments:
Post a Comment