Cuba lihat sekeliling anda, berapa jenis kategori kawan yang
anda miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang berbeza, tapi
masing-masing mempunyai ciri-ciri yang menawan . Bila anda memerlukan
pertolongan mereka, tak kira kawan anda tergolong dalam kategori mana, mereka
tetap menghulurkan bantuan. Di sini disenaraikan beberapa jenis kategori kawan
yang anda perlukan..setiap satunya dan mengapa.
1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat
tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati
anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki
kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan
jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.
2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja
tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat
jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan
memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang
anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas die mengkritik dengan
jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk
anda.
3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua
mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut
memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya
dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang
sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu
barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang
sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada
almari beliau. Hebat bukan?
4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga
studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak?
Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek
berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging
tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati
menemankan anda bersenam di taman.
5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah
memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’
tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain.
Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang
pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.
6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua
perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta
anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda.
Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba
kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.
7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti
ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan
sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi
kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda
boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.
0 comments:
Post a Comment