Hah. Ya .... itu sebab kenapa ramai lelaki suka berbohong,
ia adalah kerana lelaki takut pada wanita. Bukan takut apa ... ada banyak sebab
yang berkaitan takut tu.
Lelaki Berbohong Kerana Takutkan Wanita.
Takut Wanita Itu Merajuk - Bila cakap benda betul nanti,
terguris hati, lalu bawa diri ... tak bercakap 2-3 hari. Telefon dan SMS tak
berjawab-jawab, hanya kerana bercakap benar ... "Ya Yang .. Ayang memang
gemuk dengan pakaian ketat tu".
Takut Wanita Putuskan Hubungan - Berat ni .... lagi-lagi
kalau pasangan tu molek, cantik, cun dan lawa. Tentulah takut andai kalau
bercakap benar, si wanita akan cabut lari dan cari lelaki lain yang mungkin
lebih manis mulutnya.
Takut Wanita Itu Kutuk Balik - Hahahaha... kalau anda tak
hensem, buat cara tak hensem. Silap haribulan, anda kena kutuk balik oleh
pasangan anda sebab mulut anda yang sangat jujur itu. Terlalu benar dalam
bercakap pun ada bahaya juga. Tercalar weiiihh ego lelaki bila kena kutuk awek
cun.
Takut Wanita Tak Boleh Terima Hakikat -
Selalunya bila lelaki berkata benar, ia adalah memang perkara yang sangat pahit
diterima oleh wanita. Apatah lagi jika berkaitan soal hati dan perasaan. Bila
kita berkata sesuatu yang betul, takut wanita itu tak boleh terima dan mungkin
akan melakukan sesuatu yang tidak diingini
0 comments:
Post a Comment