Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri
laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat
bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa
tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika
masa mula-mula menggunakannya.
Jika anda ingin
menggunakan laptop untuk jangka masa
yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda
menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana
jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power
kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung
boleh menjejaskan ketahanan bateri.
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin
memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?
Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke
suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan
untuk menjimatkan kuasa bateri.
Perlahankan volume atau mute volume jika perlu
Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop,
selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada
“Power saver“.
Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random
Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang
menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan
Internet/LAN.
Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan
pendrive jika tidak menggunakannya.
Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan
Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer
dapat berjalan dengan lancar.
Jangan gunakan CD/DVD.
Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan
seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
Gunakan cooling pad.
Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap
haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat
bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.
Apa kata korang baca ini pulak?
0 comments:
Post a Comment