Pernahkah anda mendengar soalan ini…
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat
kelak?
Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem,
sering kali pasangan bercinta menyebut:
“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.
Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini
sambil berdoa:
“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.
Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit
penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan
dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan
ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga”
– (HR Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal
dunia.
2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak
berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan
lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak
masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga
sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak
sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin
sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di
dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama
lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia
berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”
Sumber: akuislam.com
0 comments:
Post a Comment