5 Teknik Asas Memikat Wanita

Posted by Smat Goal Ent 10:31 AM, under | No comments


Tak tahu cara nak memikat wanita - salah satu masalah yang paling memeningkan ramai lelaki. Dan, wanita pulak tak nak bagi tahu apa yang diorang nak.. Seolah-olah ini dah jadi satu misteri..

Misteri ni makin bertambah memening kan bila kita tengok ada lelaki-lelaki biasa yang takdelah berharta banyak dan rupa pun takdela hensem mana tapi relaks je dapat ayat mana-mana awek yang diorang suka. Tapi kenapa kita tak boleh buat pulak?

Okay, tanpa mukadimah yang panjang berjela, kali ni Sang Arjuna nak kongsikan 5 Teknik Asas Memikat Hati Wanita.

  • Sebelum mulakan langkah pertama, RELAX :

Salah satu penyebab terbesar kegagalan untuk memikat wanita ialah disebabkan korang terlalu risau dan gelabah bila nak mengorat. Inilah yang akan buat spoil. Korang kena relaks sebab bila korang relaks, korang akan dapat senyum lebih kerap dan wanita akan menganggap korang ni sempoi

  • Apa je yang korang buat , KONFIDEN!

Wanita akan sentiasa ingat tanggapan pertama dia kat korang. ‘First Impression’ la bak kate omputih. So, apa saja yang korang buat, pastikan korang buat dengan penuh keyakinan sebab wanita akan tertarik dengan lelaki yang ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan setakat dalam percakapan je. Body language pun kena lah konfiden jugak.

TAPI, jangan terlebih konfiden pulak. Nanti korang akan disalah tafsir sebagai lelaki bongkak dan sombong pulak.

  • Puji dia, tapi puji secara bijaksana :

Takde apa yang paling wanita suka kat dunia ni selain dari pujian. Tapi hati-hati ! Jangan puji melambung sangat nanti nampak plastic! Wanita suka bersama dengan lelaki yang menghargai diorang tapi dalam masa yang sama , tak terlalu obses dengan diorang.

  • Jaga diri korang dengan baik :

Hehe, macam pesanan dari mak pulak kan? Tapi seriously wanita ni suka dilihat bersama dengan lelaki yang berpakaian smart,fit, dan bersih. So, pastikan korang sentiasa dalam keadaan fresh bila bersama dengan dia


Buat dia ketawa :

Kalau korang berupaya buat diorang gelak dan lupakan problem even sekejap, korang memang ada peluang yang besar untuk memikat diorang. Ini akan buatkan wanita enjoy dan nak spend lebih banyak masa dengan korang. Akan tetapi, pastikan jugak jangan buat lawak lucah atau lawak yang akan menyinggung perasaan dia


0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive